Pasti anda pernah mendengar bahawa ramai bercakap jangan mengikat rambut
ketika rambut basah kerana takut nanti akan berbuah. Tanpa usul
periksa, anda terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta.
Tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua informasi itu benar. Jadi di
sini kami inginkan kongsikan yang mana fakta dan yang mana satu mitos.
Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang
MITOS - Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh
memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi
sememangnya boleh memperbaiki rambut bercabang, namun hujung rambut yang
telah bercabang tetap ada. Cara untuk menyingkirkan hujung rambut
bercabang adalah memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam
minggu.
Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh
MITOS - Anda sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau
kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala tidak akan
didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya anda rajin merawat dan
menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.
Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari
MITOS - Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan
bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat
secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kulit kepala, apa lagi
jika kamu menggunakan sikat yang salah.
Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit
FAKTA - Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit
seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular
dari satu kepala ke kepala yang lain.
Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih
MITOS - Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang anda gunakan, asalkan
ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja.
Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya.
Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut
FAKTA - Apa yang anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan
kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen
multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan
bersinar.
Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan
FAKTA - Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan Alopecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Alopecia memang boleh mengakibatkan kebotakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan