Pages

07 April 2013

Adira bercinta dengan kerabat Raja?





Adira bercinta dengan kerabat Raja?Penyanyi popular, Adira menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang bercinta dengan jejaka dari kerabat Raja selepas timbul spekulasi yang mendakwa ada orang yang ternampak penyanyi berkenaan makan malam di sebuah restoran terkemuka bersama lelaki yang tidak dikenali dan dikatakan dikawal oleh dua orang lelaki lengkap bersut.


"Pelik kenapa tidak ada yang menegur jika benar mereka melihat saya. Kenapa lebih senang membuat spekulasi? Tolonglah jangan buat tuduhan tanpa usul periksa, mungkin jejaka itu abang atau sepupu saya," katanya kepada Berita Harian.
Pelantun "Ombak Rindu" itu berkata, "Saya seorang yang manja dan memang suka bersikap begitu mesra terutaman dengan keluarga terdekat. Mungkin juga ketika itu saya sedang berbincang mengenai urusan perniagaan dengan pemilik produk tertentu."
Tambah Adira lagi, dia tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara peribadi dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan golongan kerabat.
Sebelum ini, Adira pernah menjalin hubungan dengan penyanyi popular, Hafiz, AG Coco dan Alif Aziz, namun semuanya kecundang di tengah jalan.A


Tiada ulasan:

Catat Ulasan