Pages

08 Mac 2013

Almy Enggan Ulas Kontroversi Bekas Kekasih


Almy Enggan Ulas Kontroversi Bekas Kekasih - Pelakon kelahiran Pulau Pinang Almy Nadia dilihat enggan lagi mengulas mengenai kontroversi pertunangan yang dilalui oleh bekas kekasihnya, pelakon Fizz Fairuz baru-baru ini.
Ketika ditemui oleh Mynewshub di lokasi penggambaran drama bersiri terbaru, Roboh di Hulu Langat, semalam, Almy dengan pantasnya menolak untuk memberi sebarang komen mengenai itu.
“Tiada komen,” katanya laju kepada penulis.
Hmm, mungkin dia belum bersedia untuk bercakap mengenai itu atau sudah terus menutup buku mengenai perkara tersebut.
Baguslah begitu Almy, hidup ini mesti diteruskan walau apa dugaan pun yang mendatang.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Almy kini sedang rancak meneruskan proses penggambaran drama bersiri Roboh yang diarahkan Wan Azli Wan Jusoh.
Menerusi drama terbitan syarikat produksi FramePerSeconds itu, Almy memegang watak sebagai Dina iaitu seorang gadis kampung yang agak liar pada permulaan cerita, tetapi berubah menjadi baik pada akhirnya.
Drama yang turut dibintangi oleh Beto Kusyairy, Intan Nor Saina, Amerul Affendi dan Syuk Balas itu akan ke udara pada bulan Ramadhan nanti di saluran RTM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan