Pages

11 Mac 2013

Misha Omar Tangguh Perkahwinan Kerana Sibuk


Misha Omar tangguh kahwin kerana sibuk

Penyanyi dan pelakon jelita, Misha Omar menyangkal dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, 31, yang merupakan seorang juruterbang kini sedang goyah sehingga menyebabkan perkahwinan mereka terpaksa ditanguhkan.
"Hubungan kami tiada masalah cuma masing-masing sibuk dengan komitmen kerja," ujarnya kepada Harian Metro.
Menurut Misha atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Binti Omar, dia dan tunangnya itu sedang menanti waktu yang sesuai untuk diijabkabulkan.
Tambah penyanyi berumur 31 tahun itu lagi, dia sentiasa sibuk dengan penghasilan album baru semenjak Disember tahun lalu yang akan dilancarkan pada Mei nanti manakala tunangnya pula sering ke luar negara.
"Sebagai tunang dan bakal isteri, saya harus faham dengan kerjaya dia. Ini tahun pertama dia mengendalikan pesawat Airbus, jadi dia juga agak sibuk dengan komitmen yang perlu diberikan."
Misha dan Firos telah bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu, dan bersetuju untuk bertunang selama setahun.
Dalam pada itu, Misha mengatakan bahawa urusan hal perkahwinan bukanlah perkara mudah dan ia memerlukan masa. Dia mahu majlis bersejarah itu nanti diuruskan dengan teliti.
Atas hal berikut, dia meminta para peminatnnya untuk tidak merisaukan perkara itu dan sebaliknya meminta mereka terus berdoa agar hubungannya berjalan dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan