Pages

10 Mac 2013

Yuna Sumbang Suara Dalam Filem Hollywood



Penyanyi kebangaan negara, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 26, bakal mencipta sejarah apabila dia bakal menyanyikan lagu tema untuk filem animasi Hollywood terbaru berjudul "The Croods" yang bakal ditayangkan pada 21 Mac ini.
Menurut laporan dari Harian Metro, lagu tema yang berjudul 'Shine Your Way' dinyanyikan secara berduet oleh Yuna bersama vokalis kumpulan Owl City, Adam Young. Lagu tersebut dicipta oleh komposer terkemuka, Alan Silvestri yang pernah menghasilkan skor muzik untuk filem "Back To The Future", "Forest Gump" dan "Cast Away".
"The Croods" bakal menampilkan suara aktor terkenal Hollywood seperti Nicholas Cage, Emma Stone dan Ryan Reynolds. Filem itu turut diarahkan oleh Chris Sanders yang pernah menghasilkan filem animasi "The Lion King", "Mulan", "Lilo & Stitch", "Beauty and the Beast" dan "Aladdin".
Jurucakap Fox Malaysia, Jessica Au Yong memberitahu bahawa pihaknya sangat berbangga dengan penglibatan Yuna dalam lagu tema filem animasi ini.
"Ini juga sejarah manis buat Malaysia apabila DreamWorks Animation bersetuju mengambil Yuna menyanyikan lagu tema bagi The Croods."
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan dan pengembaraan keluarga Grug (Cage) pada zaman pra-sejarah selepas berlakunya gempa bumi yang terpaksa berpindah mencari lokasi baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan