Pages

10 Mac 2013

Zed Zaidi lapor polis gara-gara diugut pembantu orang Sulu


Keresahan yang timbul di kalangan rakyat berikutan dari berita pertempuran di Lahad Datu, Sabah masih belum lagi reda. Kini, kebimbangan nampaknya merebak ke Kuala Lumpur pula apabila ibu mentua Zed Zaidi diugut oleh pembantu rumah yang dipercayai merupakan orang Sulu.
"Saya orang Sulu, suami saya orang Sulu, keluarga saya orang Sulu. Adakah puan tidak takut kepada saya?" Tanya pembantu rumah itu sebelum melarikan diri.
Menurut laporan Sinar Harian, Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah membuat laporan polis kerana berasa tertipu apabila sudah menghabiskan berbelas ribu ringgit untuk membawa masuk pembantu rumah berusia 26 tahun itu.
Dalam pada itu, Zed Zaidi berkata, dia tidak pasti samada pembantu rumah ibu mentuanya itu adalah benar-benar orang Sulu atau sengaja mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku di Lahad Datu sekarang ini.
Tambah Zed lagi, dia sudah serik untuk mengambil pembantu rumah warga asing dan mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah warga negara Malaysia selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan