Pages

07 April 2013

Adira bercinta dengan kerabat Raja?





Adira bercinta dengan kerabat Raja?Penyanyi popular, Adira menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang bercinta dengan jejaka dari kerabat Raja selepas timbul spekulasi yang mendakwa ada orang yang ternampak penyanyi berkenaan makan malam di sebuah restoran terkemuka bersama lelaki yang tidak dikenali dan dikatakan dikawal oleh dua orang lelaki lengkap bersut.

04 April 2013

Mitos atau Fakta Tentang Rambut

Pasti anda pernah mendengar bahawa ramai bercakap jangan mengikat rambut ketika rambut basah kerana takut nanti akan berbuah. Tanpa usul periksa, anda terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta.

Tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua informasi itu benar. Jadi di sini kami inginkan kongsikan yang mana fakta dan yang mana satu mitos.


 Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang
MITOS - Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki rambut bercabang, namun hujung rambut yang telah bercabang tetap ada. Cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu.

26 Mac 2013

Gradient Lips - kelainan menggunakan gincu ala K-Pop


Semenjak trend K-POP menjadi pujaan, trend gradient lips juga semakin diminati. Gradient Lips ini ialah pemakaian lebih daripada 1 warna gincu, daripada warna terang beransur ke warna yang lebih lembut seperti gambar diatas. Berikut adalah langkah untuk mendapatkan bibir seperti ini.:

1) Mulakan dengan meletakkan Concealer pada bibir.
2) Selepas itu, dotkan warna ceri ( cherry tint) pada tengah bahagian dalam bibir seperti di gambar.
3) Ratakan warna pada bahagian tengah bibir dengan menggunakan jari.
4) Sapukan gincu berwarna Beige di sekitar garis bibir untuk memberikan kontra yang lebih baik.
5) Gunakan gloss merah jambu untuk mendapatkan bibir yang berkilau.
6) Anda boleh mengenakan gloss merah jambu yang lebih terang untuk mendapatkan hasil yang lebih
    memukau.


Untuk mendapatkan bibir seperti ini senang sahaja.
  • Penuhkan bibir atas dengan gincu berwarna Plum
  • Campurkan warna  menggunakan concealer dengan gerakan menurun untuk mendapatkan hasil gradient lips yang semulajadi.

18 Mac 2013

Michelle Yeoh Terima Anugerh Filem Asia



HONG KONG: Datuk Michelle Yeoh diberi penghormatan menerusi Anugerah Kecemerlangan Dalam Sinema Asia (Excellence in Asian Cinema Award) pada Anugerah Filem Asia, di sini, pada Ahad.
Yeoh, 50, yang merupakan rakyat Malaysia menzahirkan rasa gembira dan terharu apabila menerima anugerah di mana kerjayanya mula bertapak iaitu di negara ini.
"Saya gembira menerima anugerah penghargaan ini dan berharap penganugerahan itu tidak mempunyai mesej tersembunyi.
"Saya berharap ini bukan cara mereka memberitahu saya bahawa saya perlu untuk bersara," ujarnya sambil berjenaka.
Bintang filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dan The Lady sebuah filem mengenai tokoh politik Burma, Aung San Suu Kyi pada tahun lepas ini diberi penghormatan pada Anugerah Filem Asia ketika membuka tirainya pada malam Ahad.
Beliau mengakui mendengar khabar tentang kerja-kerja pembikinan sekuel kepada filem "Crouching Tiger", namun belum melihat skrip atau rancangan terhadap projek itu.
Filem itu diarahkan oleh Ang Lee pada tahun 2000 dan memenangi empat Anugerah Akademi (Oscar). -AP

5 Makanan Cegah Penyakit Lelaki

                                                              


                                                                      
1 Tomato atau sos tomato
lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan daripada kanser prostat.Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki.Ia terletak di atas bahagian pundi kencing.Hasil kajian daripada 47,000orang lelaki yang memakan tomato sebanyakdua hingga empat kali seminggu mempunyai resiko kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki tidak memakannya.
2 Tiram
tiram mampu untuk membekalkan zink yang secukupnya untuk  sehari kerana zink itu sendiri merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki.Tetapi golongan lelaki di nasihatkan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan kerana bimbang akan mendatangkan risiko.Dalam satu kajian,22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zink setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.
3 Brokoli
Hasil daripada kajian di Harvard mendapati bahawa sayur sayuran seperti brokoli,dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing.Ia lebih berkesan sebanyak dua hingga tiga kali ganda kepada lelaki berbanding wanita.Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki,  dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemunggkinan dapat menggelakan kanser pundi kencing selama 10 tahun berbanding yang tidak memakannya.Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan  yang paling protective.
4 Mentega kacang
semua sedia maklum,penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita,tetapi lelaki menjadi korban  pada usia yang lebih awal.Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ia baik untuk anda.
5 Tembikai
Didapati lelaki dalam lingkungan usia sehingga 55 tahun,lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita.kajian menunjukan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok.Tembikai kaya dengan sumber mineral ini,ia mengandungi lebih potassium jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.Jadi seimbangkan pengambilan makanan anda supaya tidak mempunyai risiko kepada penyakit kronik di kemudian hari.

11 Mac 2013

Gaji polis, tentera dinaikkan dan disetarakan dengan perkhidmatan awam lain

erdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikkan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam sistem saraan baru yang digelar Sistem Saraan Transformatif (SST) yang meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.
Najib berkata, penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala bagi penjawat awam lain dimana kenaikkan gaji antara RM80 dan RM320 sebulan akan bermula pada 1 Julai.
“Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST), kata beliau semasa Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) disini hari ini.
Selain itu Najib (gambar) juga turut mengumumkan kerajaan akan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan perkhidmatan kepada 13 tahun, berbanding 15 tahun sebelum ini, dan akan melibatkan 17,000 penjawat awam yang layak.
Najib juga turut memberikan 182,434 penjawat awam yang telah menerima gaji maksimum pada 2013 akan diberi kenaikan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum — Maksimim diperuntukkan Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak 3KGT.
“Sebagai satu dasar, sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak 3 peratus diberikan kepada pegawai mencapai gaji maksimum, tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi,” katanya di hadapan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Beliau turut mengumumkan lanjutan kontrak selama setahun bagi hampir 50,000 kakitangan kontrak perkhidmatan awam yang tamat pada Disember tahun ini dilanjutkan kepada Disember 2014.
Selain itu, kelayakan masuk minimum ke perkhidmatan awam turut ditambah baik dan ditetapkan kelayakan pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Skim-skim perkhidmatan yang terlibat adalah kelompok gred jawatan dan gred gaji 1 hingga 10 yang akan dinaik taraf ke gred jawatan atau gred gaji setaraf dengan kelayakan masuk PMR,” katanya.
Kerajaan juga jelas Najib bersetuju bagi meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat laluan pantas, kenaikan pangkat laluan pakar bidang dan kenaikan pangkat laluan kemahiran tinggi.
Najib turut menggesa agar penjawat awam membuat keptusan bijak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang dan berhati-hati dengan pihak yang hanya pandai berjanji tanpa menepatinya.
“Lantas kalau dilihat rekod mereka yang lepas dari menepati janji ia amatlah buruk. Bagi mereka manifesto bukan janji. Dari yang demikian, kalau manifesto bukan janji, maka buat apa kita percaya dengan kandungan manifesto mereka,” katanya.
Jelasnya lagi, kerajaan pimpinannya, Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu boleh sahaja menjanjikan janji populis, namun atas sebab memikirkan kesan jangka panjang, kerajaan jelasnya mengambil pendirian berfikiran secara waras.
“Ya ... Tentunya kerajaan akan jadi lebih popular. Ya ... Semua pihak rasa seronok, semua teruja, tetapi itu hanya seketika.
“Sebenanrnya kita perlu berfikiran waras apa akan terjadi kemudian hari akibat tindakan populis itu, oleh demikian, pucuk pangkalnya kita akan istiqamah menjadi sebuah kerajaan adil dan bertanggungjawab tanpa memperjudikan apa-apa keputusan yang boleh merosakkan kedudukan kewangan negara,” katanya mengakhiri ucapan beliau.

Misha Omar Tangguh Perkahwinan Kerana Sibuk


Misha Omar tangguh kahwin kerana sibuk

Penyanyi dan pelakon jelita, Misha Omar menyangkal dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, 31, yang merupakan seorang juruterbang kini sedang goyah sehingga menyebabkan perkahwinan mereka terpaksa ditanguhkan.
"Hubungan kami tiada masalah cuma masing-masing sibuk dengan komitmen kerja," ujarnya kepada Harian Metro.
Menurut Misha atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Binti Omar, dia dan tunangnya itu sedang menanti waktu yang sesuai untuk diijabkabulkan.
Tambah penyanyi berumur 31 tahun itu lagi, dia sentiasa sibuk dengan penghasilan album baru semenjak Disember tahun lalu yang akan dilancarkan pada Mei nanti manakala tunangnya pula sering ke luar negara.
"Sebagai tunang dan bakal isteri, saya harus faham dengan kerjaya dia. Ini tahun pertama dia mengendalikan pesawat Airbus, jadi dia juga agak sibuk dengan komitmen yang perlu diberikan."
Misha dan Firos telah bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu, dan bersetuju untuk bertunang selama setahun.
Dalam pada itu, Misha mengatakan bahawa urusan hal perkahwinan bukanlah perkara mudah dan ia memerlukan masa. Dia mahu majlis bersejarah itu nanti diuruskan dengan teliti.
Atas hal berikut, dia meminta para peminatnnya untuk tidak merisaukan perkara itu dan sebaliknya meminta mereka terus berdoa agar hubungannya berjalan dengan baik.

All England 2013: Chong Wei gagal menjadi juara

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahan gelaran juara perseorangan lelaki Kejohanan All England selepas kalah 17-21 dan 18-21 kepada Chen Long dari China di Birmingham Indoor Arena, England, malam tadi.
Chong Wei: Gagal mencipta kemenangan hatrik. — Gambar failPemain pilihan kedua itu terpaksa bekerja keras selama 62 minit untuk menundukkan Chong Wei, yang merupakan pemain pilihan utama kejohanan itu.
Kekalahan ini bermakna Chong Wei gagal mencipta kemenangan hatrik selepas memegang gelaran juara pada edisi 2011 dan 2010.
Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain pada tahun lepas, Chong Wei pernah mengalahkan Chen Long pada aksi separuh akhir temasya Sukan Olimpik London 2012 dan final Kejohanan Terbuka Malaysia Maybank pada tahun yang sama.
Chen Long pula sebelum ini pernah menundukkan Chong Wei pada final Kejohanan Terbuka Hong Kong 2012.
Sementara itu, pemain handalan Denmark Tine Baun muncul juara perseorangan wanita selepas mengalahkan Intanon Ratchanok dari Thailand 21-14, 16-21 dan 21-10.
Tine terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan Intanon apabila permainan berlarutan sehingga “rubber set” dan mengambil masa 53 minit bagi menundukkan pemain Thailand itu.
Beregu lelaki China Liu Xialong-Qiu Zihan pula mengalahkan beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-11 dan 21-9 dalam masa 39 minit.
China turut meraih gelaran juara menerusi beregu wanita apabila Wang Xiaoli-Yu Fang dengan mudah menundukkan rakan senegara Cheng Shu-Yunlei 21-8 dan 21-10 dalam pertarungan 27 minit. — Bernama

10 Mac 2013

Zed Zaidi lapor polis gara-gara diugut pembantu orang Sulu


Keresahan yang timbul di kalangan rakyat berikutan dari berita pertempuran di Lahad Datu, Sabah masih belum lagi reda. Kini, kebimbangan nampaknya merebak ke Kuala Lumpur pula apabila ibu mentua Zed Zaidi diugut oleh pembantu rumah yang dipercayai merupakan orang Sulu.
"Saya orang Sulu, suami saya orang Sulu, keluarga saya orang Sulu. Adakah puan tidak takut kepada saya?" Tanya pembantu rumah itu sebelum melarikan diri.
Menurut laporan Sinar Harian, Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah membuat laporan polis kerana berasa tertipu apabila sudah menghabiskan berbelas ribu ringgit untuk membawa masuk pembantu rumah berusia 26 tahun itu.
Dalam pada itu, Zed Zaidi berkata, dia tidak pasti samada pembantu rumah ibu mentuanya itu adalah benar-benar orang Sulu atau sengaja mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku di Lahad Datu sekarang ini.
Tambah Zed lagi, dia sudah serik untuk mengambil pembantu rumah warga asing dan mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah warga negara Malaysia selepas ini.

Chong Wei ke Final


KUALA LUMPUR - Seperti dijangka pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah menempah tempat ke saingan akhir All England selepas meraih kemenangan 22-20 21-8 menundukkan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk pada separuh akhir, semalam.
Seandainya Chong Wei memenangi perlawanan akhir hari ini ia akan menjadi gelaran ketiganya dalam kejohanan itu selepas 2011 dan 2010.
Pada perlawanan semalam, Chong Wei hanya memerlukan 33 minit untuk menundukkan lawan tidak ternama itu meskipun Tanongsak cuba untuk memberikan saingan pada set pertama.
Bagaimanapun, pada set kedua, Tanongsak akhirnya terpaksa akur dengan ketangkasan Chong Wei yang tidak memberikan ruang untuk pemain Thailand itu menambah mata hingga tamat perlawanan.
Kata Chong Wei kemenangan tersebut menaikan semangatnya untuk mendapatkan gelaran pada All England kali ini.
"Selalu orang asyik cakap tentang All England dan ini juga adalah sebahagian daripada tumpuan saya untuk tahun ini.
"Semua ini juga adalah hasil latihan kuat saya selama ini," kata Chong Wei.
Pada saingan akhir hari ini pemain pilihan utama kejohanan itu dijadual menentang pemenang antara Cheng Long dari China atau pemain Denmark, Jan O Jorgensen.
Keputusan separuh akhir lain setakat tengah malam semalam menyaksikan pemain perseorangan wanita Thailand, Intanon Ratchanok mara ke saingan akhir selepas meraih kemenangan 21-15 21-19 menewaskan Saina Nehwal dari India.
Sementara, dalam acara beregu lelaki Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun menewaskan pasangan Thailand, Maneepong Jongjit-Nipitphon Puangpuapech dengan keputusan 22-20 21-15.
Perlawanan akhir hari ini akan menyaksikan pasangan beregu Jepun itu akan menentang gandingan dari China, Xiaolong Liu-Zihan Qiu yang meraih kemenangan 21-12 13-21 21-17 pada saingan separuh akhir ke atas Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia.

Keluarga Kiram Mahu Bukti Jumlah Kematian ‘Tentera’nya, Dakwa Hanya 10 Gugur

kiram family

Keluarga Kiram percaya kematian “tentera”nya cuma 10 dan bukan 52 seperti didakwa oleh pihak berkuasa Malaysia, kata jurucakap keluarganya Abraham Idjirani, dan mengatakan ia adalah propaganda untuk menunjukkan kemenangan.
Idjirani berkata, keluarganya mahu Putrajaya membenarkan wartawan luar, terutamanya dari Filipina, untuk memasuki zon konflik di Lahad Datu, bagi mengesahkan jumlah kematian.
“Kamu mesti benarkan media tempatan dan luar negara ke zon konflik untuk mengesahkan jumlah kematian. Jika tidak, ia masih boleh diperdebatkan,” katanya yang dipetik dari akhbar The Philippine Star semalam.
Idjirani, yang bercakap bagi pihak Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, mengesahkan hanya 10 dari “tentera Di Raja” Sulu terbunuh dalam serangan dari pihak Malaysia sejak Jumaat dua minggu lalu.
Dalam siaran ABS-CBN semalam, jurucakap Jabatan Luar Negara Filipina (DFA) Raul Hernandez berkata kerajaan masih cuba mengesahkan jumlah kematian warga Filipina di Sabah, dan mereka hanya bergantung dari maklumat yang diberikan oleh Putrajaya.
Agbimuddin yang mendakwa dirinya sebagai putera raja Sultan Sulu, mengetuai sekumpulan bersenjata berjumlah 200 orang ke Sabah, dan berada di negeri timur Malaysia itu sejak 9 Februari.
Penceroboh tersebut berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia Jumaat dua minggu lepas, selepas tiga minggu perbincangan gagal, dan pertempuran dilaporkan menyaksikan ramai penceroboh Sulu mati, sementara lapan anggota keselamatan Malaysia terkorban.
Malaysia melancarkan serangan secara bersepadu pada pagi Selasa, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan artileri berat menghujani Kampung Tanduo dimana penceroboh itu berlindung.
Pada Khamis, pihak berkuasa Malaysia mengatakan kematian penceroboh Sulu berjumlah 52, dengan 32 orang terkorban berikutan serangan udara pada Selasa lalu.
Tetapi Idjirani pada semalam berkata pihak Sulu bertempur sekali sahaja, pada hari Jumaat lalu, dimana hanya sepuluh sahaja kematian, dakwanya.
“Kami memanggilnya Pembunuhan Beramai-Ramai 1 Mac,” katanya yang dipetik dari siaran ABS-CBN News.
Memetik dari Agbimuddin, Idjirani berkata 235 tentera Sulu, setakat ini 10 kematian, 10 ditahan dan empat cedera. Agbimuddin kali terakhir dihubungi oleh keluarganya di Filipina pada 2.30 petang semalam, menurut laporan dari Phillipine Daily Inquirer, dan berkata beliau dan tenteranya masih hidup dan dalam pelarian, tetapi menghadapi kelaparan.
Akhbar itu melaporkan Agbimuddin dan tenteranya berkumpul semula dan berjaya melepasi serangan bertubi-tubi pasukan keselamatan Malaysia, yang menuju mereka di kawasan berbukit.
“Mereka terus bergerak, bukan dengan bot atau sebarang pengangkutan, tetapi dengan berjalan kaki. Mereka menderita akibat kelaparan,” kata Idjirani lagi.
Sepupu Agbimuddin Jacel Kiram mengatakan serangan dari pasukan keselamatan Malaysia sebagai “keganasan maksima”, berbanding permintaan Manila untuk “toleransi maksima” sebelum serangan Selasa lalu.
Bagaimanapun, “puteri diraja” Sulu berkata arahan gencatan senjata dari Sultan masih berlangsung dan tentera di Sabah dinasihatkan untuk terus bertahan.
“Arahan kepada mereka adalah sentiasa untuk bertahan, hanya bersedia untuk sebarang serangan. Cuma bertahan, jangan serang,” katanya lagi.
Malaysia menolak permintaan keluarga Kiram untuk gencatan senjata pada Khamis, sebaliknya menuntut penceroboh itu meletakkan senjata dan menyerah tanpa syarat.

Yuna Sumbang Suara Dalam Filem Hollywood



Penyanyi kebangaan negara, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 26, bakal mencipta sejarah apabila dia bakal menyanyikan lagu tema untuk filem animasi Hollywood terbaru berjudul "The Croods" yang bakal ditayangkan pada 21 Mac ini.
Menurut laporan dari Harian Metro, lagu tema yang berjudul 'Shine Your Way' dinyanyikan secara berduet oleh Yuna bersama vokalis kumpulan Owl City, Adam Young. Lagu tersebut dicipta oleh komposer terkemuka, Alan Silvestri yang pernah menghasilkan skor muzik untuk filem "Back To The Future", "Forest Gump" dan "Cast Away".
"The Croods" bakal menampilkan suara aktor terkenal Hollywood seperti Nicholas Cage, Emma Stone dan Ryan Reynolds. Filem itu turut diarahkan oleh Chris Sanders yang pernah menghasilkan filem animasi "The Lion King", "Mulan", "Lilo & Stitch", "Beauty and the Beast" dan "Aladdin".
Jurucakap Fox Malaysia, Jessica Au Yong memberitahu bahawa pihaknya sangat berbangga dengan penglibatan Yuna dalam lagu tema filem animasi ini.
"Ini juga sejarah manis buat Malaysia apabila DreamWorks Animation bersetuju mengambil Yuna menyanyikan lagu tema bagi The Croods."
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan dan pengembaraan keluarga Grug (Cage) pada zaman pra-sejarah selepas berlakunya gempa bumi yang terpaksa berpindah mencari lokasi baru.

Misteri Potret Mona Lisa


Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini. Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu. Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain. Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503. Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian. Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit. Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.


Misteri Potret Monalisa
  • Identiti Monalisa itu sendiri.
  • Riak wajah Monalisa.
  • Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ia menjadi igauan penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

Teori Mengenai Monalisa
  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari! Fakta Potret Monalisa
  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
  • Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo.
  • Selain Mona Lisa, judul lain adalah La Gioconda.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya.
  • Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

P/S:- nie ku yg nak tambah misteri potret monalisa, dalam potret tu monalisa tiada kening.. Adakah leonarda terlupa mahu melukisnya atau tk sempat menyiapkannya atau mmg disengajakan..

09 Mac 2013

 
Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.
Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.
Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?
1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan
jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.
10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.
Scha Malu Apabila Bercakap Pasal Rusdi Ramli - Malu dan seksi antara beberapa buah patah perkataan yang keluar dari tuan empunya badan, Scha Al-Yahya apabila ditanya mengenai pengalamannya berlakon bersama Rusdi Ramli.
Memegang watak Dania dalam filem terbarunya, Awan Dania The Movie, Scha masih lagi mengekalkan watak asal, namun kehadiran watak baru iaitu Rusdi didalam filem Awan Dania telah membuatkan Scha sedikit kekok untuk membawa wataknya.
“Malulah mula-mula berlakon dengan dia. Dia kan macam seorang yang berkarisma, bila bercakap pun ayat tersusun. Ton suara dia pun seksi dan matang.
“Tapi dia merendah diri, itu yang buat saya selesa dengan dia,” tambah Scha yang dipetik dari Ohbulan, hari ini.
Bagaimana pun, Scha mengakui perasaan malunya pada Rusdi hanya pada awal sesi penggambaran filem sahaja.
Dalam pada itu, diusik mengenai kata-katanya yang mengatakan Rusdi seksi, Scha menjelaskan Rusdi hanya seksi dari segi perbuatannya.
“Suara dia, renungan dia, kata-kata dia serta macam mana dia susun ayat dia, orang kata sedap didengar,” ujar isteri kepada Awal Ashaari ini.
Dalam perkembangan terbaru, Scha Al-Yahya bakal muncul dengan filem Awan Dania The Movie di pawagam pada 14 Mac ini.

08 Mac 2013

Almy Enggan Ulas Kontroversi Bekas Kekasih


Almy Enggan Ulas Kontroversi Bekas Kekasih - Pelakon kelahiran Pulau Pinang Almy Nadia dilihat enggan lagi mengulas mengenai kontroversi pertunangan yang dilalui oleh bekas kekasihnya, pelakon Fizz Fairuz baru-baru ini.
Ketika ditemui oleh Mynewshub di lokasi penggambaran drama bersiri terbaru, Roboh di Hulu Langat, semalam, Almy dengan pantasnya menolak untuk memberi sebarang komen mengenai itu.
“Tiada komen,” katanya laju kepada penulis.
Hmm, mungkin dia belum bersedia untuk bercakap mengenai itu atau sudah terus menutup buku mengenai perkara tersebut.
Baguslah begitu Almy, hidup ini mesti diteruskan walau apa dugaan pun yang mendatang.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Almy kini sedang rancak meneruskan proses penggambaran drama bersiri Roboh yang diarahkan Wan Azli Wan Jusoh.
Menerusi drama terbitan syarikat produksi FramePerSeconds itu, Almy memegang watak sebagai Dina iaitu seorang gadis kampung yang agak liar pada permulaan cerita, tetapi berubah menjadi baik pada akhirnya.
Drama yang turut dibintangi oleh Beto Kusyairy, Intan Nor Saina, Amerul Affendi dan Syuk Balas itu akan ke udara pada bulan Ramadhan nanti di saluran RTM.

SEORANG POLIS DITUDUH MENJADI PEMBELOT NEGARA MEMBANTU PENGGANAS SULU!!

PENGKHIANAT NEGARA SEORANG POLIS | ANGGOTA POLIS BERPANGKAT KOPERAL ADALAH PENGKIANAT YANG MEMBERI MAKLUMAT KEPADA TENTERA SULU.
Berita terkini, isu pencerobohan di Lahad Datu menjadi lebih runsing apabila perbagai kriktikan dan pandangan yang berbeza dari pelbagai individu. 
Malah yang paling memeranjatkan lagi apabila penahanan seorang anggota polis yang terlibat membekalkan maklumat sulit kepada tentera sulu masih dinafikan oleh pihak PDRM.
Jawapan yang diberikan setakat ini adalah: 
“Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian di Lahad Datu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan saudara tidak mudah mempercayai khabar yang tidak diketahui sumbernya. Terima kasih.”
Walau bagaimanapun, anggota polis yang dipercayai menjadi pengkhianat ialah Kpl/D Hasan Basri.
Menurut maklumat, musuh dalam selimut ini berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.







06 Mac 2013

Tuntutan Sulu Hingga Ke Sarawak

Moro National Liberation Front (MNLF) Nur Misuari mendakwa sarawak juga adalah tanah warisan mereka. Philippine Star melaporkan Misuari mendakwa puak mereka(sulu) adalah pemilik asal sabah dan sarawak dan tanah di situ adalah milik nenek moyang mereka. Dia juga mengakui bahawa terdapat ahli MNLF yang pergi ke sulu tetapi menafikan atas keinginan melakukan rusuhan.



Penafian yang dibuat oleh Misuari ini seolah-olah menjawab dakwaanPresiden Filipina, Benigno Aquino bahawa terdapat konspirasi di sebalik keputusan Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan pengikut-pengikutnya untuk menggunakan kekerasan bagi menuntut hak mereka ke atas Sabah.

MNLF menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk campur tangan dan memulakan rundingan antara Malaysia dan Kesultanan Sulu.
MNLF’s Islamic Command Council chairman Habib Mujahab Hashim juga menggesa PBB, melalui jawatankuasa mengenai hak asasi manusia dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, untuk menghantar wakil ke Sabah untuk memantau tindakan yang diambil oleh pasukan Malaysia menentang Filipina di sana.
Selanjutnya: Borneo Post

Macam Shiyal - Facebook Page Yang Menghina Orang Sabah dan Sarawak (10 Gambar)

#bila binatang berkata-kata.






Suami Penyanyi Mati Terikat

Ampang: “Saya rindukan anak-anak.” Itulah kata-kata terakhir Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39, kepada rakan baiknya sebelum dia ditemui mati disyaki selepas bergelut dengan isterinya yang juga seorang penyanyi popular lewat 1990-an di sebuah kondominium di Ampang Utama, di sini, kelmarin.
Hasil bedah siasat, mangsa mati akibat serangan jantung berikutan pergelutan dan kekasaran.
Mangsa sebelum itu mengajak rakan berkenaan ke rumah penyanyi terbabit untuk berjumpa anak perempuan mereka berusia setahun.
Difahamkan, sebaik tiba di rumah itu jam 5 petang, berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dan isterinya sebelum dia pengsan dalam sebuah bilik dengan keadaan kedua-dua tangan dan kaki terikat dan disahkan mati.

KONDOMINIUM tempat mangsa ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat serangan jantung.
 Isteri mangsa berusia 39 tahun dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya itu dengan bantuan dua anak saudara angkara tidak puas hati pertengkaran bermotifkan perebutan anak.

05 Mac 2013

PELIK - Tonik Anjing Berwajahkan Manusia

ada mengatakan anjing adalah rakan terbaik manusia
saya juga menyukai anjing tetapi makhluk ini OMG.... gambar ini bukan daripada hasil photoshop okeyhhh..
Ini ialah Tonik seekor anjing berbaka poodle+shih tzu. Walaupun Tonik mempunyai wajah yang pelik,tetapi dia masih kelihatan CUTE gituuhh.






Serangan Dilancar Dari Pelbagai Sudut - Sumber Tentera

KELIHATAN sebuah helikopter Nuri bersiap sedia memberi bantuan udara kepada pasukan keselamatan negara dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini. – UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

LAHAD DATU 5 Mac – Pasukan keselamatan yang melancarkan serangan habis-habisan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo menerusi udara dan darat, kata sumber tentera.

Katanya, ia dimulakan dengan serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping.

Sementara itu, suasana di Hospital Lahad Datu pada masa ini agak sibuk apabila ambulans telah bersiap sedia.

Lima buah ambulans dilihat bergegas keluar dengan diiringi dua kereta polis. – UTUSAN