Lumrahnya
begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita.
Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi
kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala
lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.
Hubungan
utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal
setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan
persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram
juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah
perkahwinan.
Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?
1. Wanita
kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali
berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena
lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang
cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
2.
Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat.
Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini
pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan
pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus
berharta, berkedudukan atau popular.
3. Ketika
lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering
memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal
dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
4.
Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan
menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir
meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang
(mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup
susah bersama).
5. Sifat
keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala
hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai
lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari
berterus-terang.
6.
Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan
kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya.
Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
7. Tidak
penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini
lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan
jika
pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup
curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita
berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan
temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa
juga keperluan yang didambakan.
9.
Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan
nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang
telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi,
pasti mula mengaku solo.
10. Wanita
tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa
pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga
kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka
takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang
lebih awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan