Ampang: “Saya rindukan anak-anak.”
Itulah kata-kata terakhir Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39, kepada rakan
baiknya sebelum dia ditemui mati disyaki selepas bergelut dengan
isterinya yang juga seorang penyanyi popular lewat 1990-an di sebuah
kondominium di Ampang Utama, di sini, kelmarin.
Hasil bedah siasat, mangsa mati akibat serangan jantung berikutan pergelutan dan kekasaran.
Mangsa sebelum itu mengajak rakan berkenaan ke rumah penyanyi terbabit untuk berjumpa anak perempuan mereka berusia setahun.
Difahamkan, sebaik tiba di rumah itu jam 5 petang, berlaku
pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dan isterinya sebelum dia
pengsan dalam sebuah bilik dengan keadaan kedua-dua tangan dan kaki
terikat dan disahkan mati.KONDOMINIUM tempat mangsa ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat serangan jantung. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan